Doorship/reseller/wholesale

limitedbynina adalah sebuah perniagaan online yang memberikan kepuasan kepada semua wanita untuk tampil cantik, anggun & bergaya. limitedbynina diperkenalkan melalui ruangan blogspot, facebook & instagram

2)      Page facebook: limitedbynina
3)      Instagram: limitedbynina

limitedbynina menyediakan baju yang terdiri daripada dress, jubah muslimah, blouse, maxi, pants, cardigan, blazer & skirt dengan harga terendah. limitedbynina juga menjadi medium kepada pembeli-pembeli untuk menjadi doorship bagi menjana pendapatan sampingan. Selain itu, limitedbynina juga menjual secara borong/wholesale kepada pembeli-pembeli.

Apakah yang perlu anda lakukan untuk menjadi doorship?
1.       Setiap pembeli hanya perlu mengepos semula item-item yang dikeluarkan oleh limitedbynina diruangan blog,facebook atau segala medium yang dirasakan sesuai.
2.       Anda hanya perlu menaikkan 10%,15% atau terpulang kepada kehendak anda untuk mendapatkan keuntungan.
3.       Segala urusan jual beli terserah kepada anda bagaimana anda “run” perniagaan anda
4.       Sekiranya pembeli telah membuat pembayaran kepada anda, anda hendaklah memaklumkan kepada limitedbynina dan mengtransferkan pembayaran tersebut ke akaun  limitedbynina
5.       Segala urusan pos, akan diuruskan oleh limitedbynina
6.       limitedbynina akan menggunakan nama anda sebagai pengirim dan tidak sesekali meletakkan nama limitedbynina bagi menjaga nama & perniagaan anda.
7.       Tracking number akan diberikan kepada anda untuk diberikan kepada pelanggan anda
8.       Peringatan, segala tempahan yang dibuat daripada “oversea” memakan masa lebih kurang 10-15 hari
9.       Bagi  baju yang tersedia ada,tempoh penghantaran hanya mengambil masa 3 hari sahaja

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda ingin membeli secara pukal/wholesale?
1.       Minimum pembelian pukal adalah sebanyak 10 helai sahaja (10 pieces) manakala tiada had maksimum helaian untuk setiap pembelian
2.       Kami meberikan diskaun potongan harga yang menarik kepada setiap pembelian seperti berikut
·         10 helai: Potongan harga sebanyak 5% daripada harga pembelian
·         15 helai: Potongan harga sebanyak 7% daripada harga pembelian
·         20 helai: Potongan harga sebanyak 10% daripada harga pembelian
·         20 helai – infiniti: Potongan harga sebanyak 15% daripada harga pembelian
*harga pembelian tidak termasuk harga postage (poslaju)
·         Peringatan, segala tempahan yang dibuat daripada “oversea” memakan masa lebih kurang 10-15 hari


No comments:

Post a Comment